KPDNKK Laksana Strategi Baru Pertingkat Penguatkuasaan

Diterbitkan: Isnin, 20 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan melaksanakan strategi baru dalam penugasan pegawai penguatkuasanya bagi memastikan keberkesanan penguatkuasaan.

Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata, antara langkah yang akan diambil ialah mengadakan sistem penggiliran di setiap kawasan.

"Saya tidak mahu pegawai yang sama bertugas di kawasan yang sama. Perlu ada penggiliran jadi orang tidak kenal mereka dan mudah bagi pegawai ini memberi maklumat tepat kepada kita supaya kita boleh ambil tindakan," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Beliau yang sebelum itu merasmikan Persidangan Kebangsaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) 2013, mengulas tindakan kementerian bagi menangani khabar angin kenaikan harga barangan yang banyak tersebar mutakhir ini.

Turut hadir Timbalan Menteri, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Mohd Naim Daruwish.

Sabtu lepas, Hasan menegaskan tidak berlaku sebarang kenaikan harga barangan selepas pilihan raya umum ke-13 dan mencabar pihak yang mendakwa perkara itu berlaku supaya tampil menunjukkan bukti.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata, pemahaman yang menyeluruh mengenai tadbir urus korporat akan membolehkan sektor kerajaan dan korporat mempunyai hala tuju yang selari.

"Kedua-dua pihak akan dapat berkomunikasi dengan baik sama ada di peringkat tempatan atau antarabangsa. Ia juga membolehkan kedua-dua pihak mengenal pasti isu-isu tersembunyi yang berkait rapat dengan soal integriti dan etika perniagaan," katanya.

Persidangan dua hari bertema 'Corporate Governance: The New Global Language for Business' itu mengumpulkan kira-kira 300 peserta dan menampilkan Ketua Pengarah Eksekutif Maybank Berhad, Datuk Abdul Wahid Omar sebagai penyampai ucaptama. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan