Raja Perlis Mahu Agenda Perpaduan Diperkukuh

Diterbitkan: Ahad, 19 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mahu rakyat meneruskan agenda memperkukuhkan semula ikatan perpaduan yang tercalar selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Baginda bimbang melihat senario ketaksuban pemimpin politik tertentu terhadap parti sehingga sanggup mengabaikan kepentingan memelihara keharmonian kaum.

"Bersatu padulah antara kaum ... Melayu sama Melayu pun bergaduh," titah baginda pada majlis Jamuan Teh Kasih Rakyat Menjunjung Daulat sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-70 di Bukit Ketri dekat sini pada Ahad.

Menurut baginda, PRU13 sudah berlalu dan tercatat dalam sejarah, sedangkan kerajaan yang terbentuk hasil proses demokrasi perlu disokong dan agenda memperkukuhkan perpaduan harus dipertahan.

Tuanku Syed Sirajuddin juga berharap rakyat menyokong kerajaan yang dipilih bagi meneruskan misi dan visi negara dan negeri termasuk Wawasan 2020 dan Perlis Maju 2015.

"Tanpa sokongan 100 peratus kepada kerajaan, ia menyukarkan pencapaian wawasan negara dan negeri," titah baginda.

Pada majlis itu, Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Abdul Rashid menyampaikan bantuan berjumlah lebih RM1 juta kepada 33 penerima termasuk bakal usahawan, golongan miskin dan anak-anak yatim.

Sementara itu, bekas pemain bola sepak kebangsaan, Bakri Ibni, 59, dikurniakan Pingat Cemerlang Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) dan menerima sumbangan wang tunai RM2,000 serta sijil yang disampaikan Raja Perlis.

Tokoh bola sepak itu dipilih kerana jasa besar beliau terhadap pembangunan bola sepak negara dan negeri Perlis.

Turut berangkat Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama Menteri Besar Perlis, Azlan Man.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan