Polis Siasat Penganjur 'Ceramah Kesyukuran' Pulau Pinang

Diterbitkan: Ahad, 19 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis sedang menyiasat program 'Ceramah Kesyukuran Mega' yang dianjurkan kerajaan negeri pimpinan DAP pada Sabtu kerana tidak mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah George Town, Komisioner Gan Kong Meng berkata, penganjur tidak memaklumkan kepada mereka dalam tempoh 10 hari lebih awal sebelum program diadakan seperti yang ditetapkan di bawah Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Satu laporan polis telah dibuat terhadap pihak penganjur dan kami akan membuka kertas siasatan," katanya ketika dihubungi di sini hari, Ahad.

Beliau menambah, polis akan memanggil beberapa pemimpin-pemimpin Pakatan negeri, termasuk Timbalan Ketua Menteri I, Mohd Rashid Hasnon dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Danny Law Heng Kiang untuk direkodkan kenyataan.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan