Isu Lantikan Tee Dibincang Jawatankuasa Pusat MCA

Diterbitkan: Ahad, 19 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

YONG PENG: Isu pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulai Sebatang, Datuk Tee Siew Kiong sebagai Exco Johor akan dibincangkan pada mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu Selasa ini, kata Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

"Tetapi saya ingin menegaskan bahawa parti tidak mencadangkan agar Tee dilantik ke jawatan exco. Malah sudah banyak kali dijelaskan bahawa pelantikan itu dibuat berikutan permintaan Sultan Johor," katanya di sini, Ahad.

Selain itu Dr Chua berkata kes Tee juga akan diserahkan kepada lembaga disiplin parti itu untuk penilaian dan Tee sendiri mempunyai peluang menceritakan kedudukan sebenar.

Siew Kiong merupakan antara tujuh muka baharu yang dilantik sebagai ahli Exco dalam pentadbiran kerajaan negeri diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Selasa lalu.

Bagaimanapun, pelantikannya telah menimbulkan rasa kurang senang Jawatankuasa Pusat MCA memandangkan parti itu telah memutuskan tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan di peringkat Persekutuan dan negeri sekiranya mencatat keputusan buruk pada PRU-13.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan