Waythamoorty Janji Selesai Masalah Masyarakat India Dalam Masa Lima Tahun

Diterbitkan: Sabtu, 18 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Waythamoorthy
Waythamoorthy

KUALA LUMPUR: Pengerusi Hindraf P.Waythamoorthy berjanji akan menyelesaikan masalah dan meningkatkan sosioekonomi masyarakat India di negara ini dalam tempoh lima tahun akan datang.

Waythamoorthy, yang dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata beliau akan memberi fokus terhadap masalah yang dihadapi kaum India seperti pekerja ladang yang tidak mendapat pembelaan, mereka yang tidak mempunyai taraf warganegara, pendidikan serta peluang perniagaan dan pekerjaan.

Sambil menjelaskan bahawa pelantikan beliau memberi peluang kepadanya untuk membebaskan masyarakat India daripada pelbagai masalah.

"Mulai sekarang, kami akan bawa suara golongan miskin kepada kerajaan dan memastikan masyarakat India tidak lagi hidup dengan mengharapkan belas ihsan, tetapi mendapat hak mereka yang sah." katanya pada sidang media di sini, Sabtu.

Peguam berusia 47 tahun itu juga membidas pengkritiknya, terutama pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, DAP dan laskar maya mereka dengan berkata: "Kepada semua pengkritik ini, kami ingin berkata, katalah apa yang kamu mahu. Kami akan buktikan bahawa kamu semua salah dan membuat kamu menjilat ludah sendiri apabila tiba masanya dan rakyat akan mengajar kamu pada pilihan raya akan datang."

Waythamoorthy juga menafikan pelantikan beliau sebagai timbalan menteri adalah susulan kepada memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara Hindraf dan Barisan Nasional (BN) pada 18 April.

Mengenai pertelagahan antara beliau dan abangnya Uthayakumar, Waythamoorthy berkata adiknya itu telah dipecat daripada Hindraf dan oleh itu, tidak lagi berhak untuk mengkritik pergerakan tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan