Tiga Jalan Di K.Lumpur Sesak Hampir Lima Jam Akibat Pasir Bertabur - Berita Semasa | mStar

Tiga Jalan Di K.Lumpur Sesak Hampir Lima Jam Akibat Pasir Bertabur

Diterbitkan: Sabtu, 18 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jalan Pahang menghala ke Setapak di sini pada Sabtu mengalami kesesakan teruk hampir lima jam apabila sebuah lori membawa pasir tidak mengikat kemas kanvasnya menyebabkan pasir yang dibawa bertaburan di atas jalan raya.

Dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi, pasir yang bertaburan di atas jalan raya menyebabkan jalan menghala ke Jalan Tun Razak di dua-dua bahagian, Jalan Genting Klang dan Gombak mengalami kesesakan teruk.

Jurucakap trafik Kuala Lumpur ketika dihubungi Bernama berkata, lori yang membawa pasir itu mungkin tidak mengikat kanvas dengan elok menyebabkan pasir bertaburan di atas jalan raya.

"Setakat ini tiada sebarang kemalangan dilaporkan," katanya sambil menambah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang giat membersihkan kawasan tersebut bagi memudahkan aliran trafik.

Tinjaun Bernama mendapati keadaan trafik sesak menyebabkan penumpang teksi tidak menyambung perjalanan mereka, malah mereka rela berjalan kaki ke destinasi ditujui kerana bimbang kos tambang meningkat.

Bagaimanapun jurucakap itu berkata bahagian Jalan Genting Klang yang terjejas akibat kejadian itu dibuka semula untuk lalu lintas pada 4.50 petang tadi. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan