SPR Beri Peringatan Ahad Hari Terakhir Turunkan Bahan Kempen - Berita Semasa | mStar

SPR Beri Peringatan Ahad Hari Terakhir Turunkan Bahan Kempen

Diterbitkan: Sabtu, 18 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Calon-calon pilihan raya umum ke-13 mempunyai sehingga esok untuk membuang bendera, banner dan poster mereka atau berdepan risiko kehilangan deposit.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, parti-parti politik dan calon-calon telah diberikan tempoh 14 hari selepas hari mengundi 5 Mei untuk membersihkan bahan kempen pilihan raya mereka.

"Semua calon sedar bahawa mereka akan kehilangan deposit jika bahan-bahan tidak dibersihkan sehingga esok.

"Kita tidak mahu bahan-bahan pilihan raya menyebabkan parit tersumbat lebih-lebih lagi apabila berlaku hujan lebat.

"Bahan-bahan perlu dikeluarkan sehingga memuaskan hati pihak berkuasa tempatan. Mereka dan ejen parti mereka telah diberi peringatan yang cukup," katanya.

Pada Isnin, pihak berkuasa tempatan akan mula memaklumkan kepada pengarah pilihan raya negeri mengenai calon-calon yang masih belum mengeluarkan bahan-bahan.

Calon-calon telah membayar deposit RM5,000 dan RM3,000 bagi kerusi Parlimen dan negeri masing-masing untuk membersihkan bahan.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan