Sembilan Exco Perak Angkat Sumpah

Diterbitkan: Sabtu, 18 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (kanan) bersama barisan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) yang baru dilantik pada Istiadat mengangkat sumpah jawatan EXCO Perak di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada Sabtu.
Kelihatan (dari kiri) Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah Nolee Ashilin Mohammed Radzi, ADUN Blanja Mohd Nizar Zakaria, ADUN Ayer Kuning Datuk Samsudin Abu Hassan, ADUN Behrang Datuk Rusnah Kassim, ADUN Sungai Manik Datuk Zainol Fadzi Paharudin dan ADUN Kamunting Datuk Mohammad Zahir Abd Khalid.-Foto BERNAMA
Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (kanan) bersama barisan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) yang baru dilantik pada Istiadat mengangkat sumpah jawatan EXCO Perak di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada Sabtu. Kelihatan (dari kiri) Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah Nolee Ashilin Mohammed Radzi, ADUN Blanja Mohd Nizar Zakaria, ADUN Ayer Kuning Datuk Samsudin Abu Hassan, ADUN Behrang Datuk Rusnah Kassim, ADUN Sungai Manik Datuk Zainol Fadzi Paharudin dan ADUN Kamunting Datuk Mohammad Zahir Abd Khalid.-Foto BERNAMA

KUALA KANGSAR: Enam muka baru antara sembilan yang mengangkat sumpah jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak di Istana iskandariah di sini, pada Sabtu.

Mereka mengangkat sumpah jawatan dan menyimpan rahsia di hadapan Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah.

Enam muka baru ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Datuk Rusnah Kassim; ADUN Ayer Kuning, Datuk Samsudin Abu Hassan; ADUN Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya; ADUN Belanja, Mohd Nizar Zakaria; ADUN Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohammed Radzi; dan ADUN Batu Kurau, Dr Muhammad Amin Zakaria.

Tiga Exco yang diantik semula ialah ADUN Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad; ADUN Kamunting, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid dan ADUN Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan