Kohilan Cadang Selangor Lantik Dua Anggota Exco Keturunan India

Diterbitkan: Sabtu, 18 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pengerusi Gerakan Selangor, A. Kohilan Pillay mencadangkan agar kerajaan Selangor mempunyai sekurang-kurangnya dua anggota exco berketurunan India untuk membolehkannya berkhidmat dengan lebih berkesan kepada masyarakat itu di negeri itu.

Beliau berkata oleh kerana Selangor adalah antara negeri yang mempunyai paling ramai penduduk kaum India, maka pelantikan dua anggota exco daripada keturunan itu merupakan langkah paling berkesan untuk mendampingi masyarakat berkenaan.

"Isu berkaitan estet dan kuil menjadi kebimbangan utama kebanyakan anggota masyarakat India di Selangor sejak pakatan rakyat mengambil alih pentadbiran negeri ini pada 2008, dan pertambahan seorang lagi wakil masyarakat India dalam barisan exco diperlukan untuk menyuarakan perkara yang menjadi kebimbangan mereka sejak sekian lama," katanya kepada Bernama, Sabtu.

Kohilan, yang kalah dalam pertandingan merebut kerusi Parlimen Puchong dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), 5 Mei lepas, berkata kerajaan pakatan DAP, PAS dan PKR Selangor tidak sepatutnya mempunyai masalah untuk melantik dua anggota exconya daripada keturunan India memandangkan kerajaan Puilau Pinang, yang diterajui DAP, telah melantik dua anggota exconya daripada keturunan itu.

Untuk julung kalinya, Pulau Pinang melantik dua orang berketurunan India Timbalan Ketua Menteri (II) Dr P. Ramasamy dan Jagdeep Singh Deo menganggotai kerajaan negeri itu.

Sementara itu, Ketua Pemuda MIC, T. Mohan berkata masyarakat India banyak menyumbang kepada kemenangan pembangkang untuk terus berkuasa di Selangor.

"Dua anggota exco berketurunan India diperlukan untuk mengatasi sebarang kelemahan pada masa akan datang," katanya sambil menambah bahawa pakatan pembangkang di Selangor perlu bersikap 'benar-benar peka' terhadap nasib masyarakat India.

Setiausaha Gabungan NGO India Malaysia Gunaraj George dilaporkan berkata kehadiran dua anggota exco dalam pentadbiran Selangor boleh membantu negeri itu memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat berkenaan.

Dalam pentadbiran Pakatan sebelum ini, Dr Xavier Jayakumar daripada PKR, yang mengekalkan kerusi negeri Seri Andalas pada PRU13, merupakan satu-satunya anggota exco berketurunan India.

Beliau adalah pengerusi jawatankuasa kesihatan, pekerja ladang, kemiskinan dan kerajaan prihatin.

Banyak pihak membuat spekulasi bahawa DAP mungkin memilih seorang anggotanya yang berketurunan India untuk mewakili masyarakat itu dalam barisan exco bagi mencerminkan imejnya sebagai parti pelbagai kaum.

Sejajar dengan itu, adalah diramalkan DAP akan memilih sama ada Adun Kota Alam Shah. V. Ganabathirau atau Adun Bukit Gasing, R. Rajiv.

Sumber parti itu berkata, pada 2008, hanya bekas Adun Kota Alam Shah, M. Manoharan merupakan Adun parti itu yang bukan berbangsa Cina dan apabila beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Negara, parti itu tidak mempunyai pilihan selain melantik semua anggota exconya daripada kaum Cina.

Pada PRU12, PKR memenangi 15 kerusi negeri di Selangor, manakala DAP dan PAS masing-asming memenangi 13 dan lapan kerusi. Barisan exconya pada 2008 menyaksikan DAP dan PAS mempunyai tiga wakil, manakala PKR, empat.

Ada pihak berkata komposisi anggota exco Selangor kali ini mungkin berubah memandangkan pada PRU13, DAP dan PAS masing-masing memenangi 15 kerusi dan PKR, 14.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor untuk penggal kedua pada Selasa lepas, berkata pemilihan anggota exco sedang dilakukan dan akan dimumumkan dalam tempoh seminggu setelah mendapat perkenan Sultan Selangor - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan