Jangan Buang Masa Buat Perhimpunan Haram - Shafie Apdal

Diterbitkan: Sabtu, 18 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Datuk Seri Shafie Apdal
Datuk Seri Shafie Apdal

SEMPORNA: Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meminta Pakatan Rakyat supaya tidak membuang masa menganjurkan perhimpunan haram bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 kerana ia hanya merugikan rakyat.

Sebaliknya beliau berkata pihak tersebut perlu memberi tumpuan kepada usaha membangunkan negeri yang mereka perintah dan menunaikan segala janji yang mereka buat semasa kempen pilihan raya.

"Saya dengar dalam ucapan (kempen) mereka, mereka kata tanpa Umno (BN), mereka juga boleh buat sekolah, buat jalan raya.

"Sekarang buatlah jalan, tunaikan kata-kata itu dan janji mereka kepada rakyat, jangan bergantung semata-mata kepada kerajaan pusat. "Masa pilihan raya, mereka kata mereka boleh laksanakan (projek) jika mentadbir negeri itu dan ini. Jadi tadbirlah negeri dengan baik, jangan buang masa dengan demonstrasi jalanan dan perhimpunan yang tidak memberi manfaat," katanya kepada pemberita di sini hari ini apabila mengulas mengenai beberapa siri perhimpunan haram yang dilakukan pihak terbabit selepas pilihan raya umum.

Shafie berkata negara perlu terus dibangunkan demi faedah rakyat dan dengan itu Pakatan Rakyat tidak perlu melakukan perkara sia-sia yang tidak mendatangkan faedah kepada negeri yang mereka tadbir.

Beliau berkata pihak pembangkang perlu menerima keputusan pilihan raya yang lepas dan tidak patut mempertikaikan sistem pemilihan yang dijalankan di negara ini.

Rakyat juga tidak perlu membuang masa menyertai perhimpunan seumpama itu, katanya. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan