Guan Eng Mahu Zahid Tarik Balik Kenyataan

Diterbitkan: Sabtu, 18 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Lim Guan Eng
Lim Guan Eng

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mahu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid menarik balik kenyataannya dan membuat permohonan maaf terbuka.

"Sekiranya beliau tidak berbuat demikian, satu usul mengecam tindakan tersebut akan dibuat di Parlimen, seperti yang dicadangkan oleh ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

"Dr Ahmad Zahid mempunyai masa sehingga sidang Parlimen bermula untuk menarik balik kenyataannya dan memohon maaf kepada rakyat," katanya pada sidang media di Jalan Air Itam pad Sabtu.

Pada Jumaat, Zahid menjelaskan bahawa kenyataannya diambil keluar daripada konteks oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Sebenarnya saya berkata bagi mereka yang tidak yakin dengan sistem politik di sini boleh berhijrah ke negara yang mempunyai sistem politik yang sesuai dengan mereka.

"Saya bukan seorang rasis..saya hanya praktikal dengan apa yang saya katakan kepada kumpulan berkenaan supaya pergi ke negara lain agar mereka mempraktikkan pegangang politik mereka di alam realiti," katanya.

Dr Ahmad Zahid berkata rakyat tidak perlu mentafsir kenyataan beliau diluar daripada konteks, sebaliknya beliau menggesa mereka membaca rencana penuh dalam Utusan Malaysia.

Beliau menjelaskan bahawa Malaysia menggunapakai sistem Komanwel dan mereka yang fikir sistem di Amerika Syarikat atau negara lain lebih sesuai maka mereka boleh berhijrah ke sana.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan