Ahli MCA Perlu Hormati Keputusan Tolak Jawatan Kabinet

Diterbitkan: Sabtu, 18 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Biro Publisiti MCA Selangor, Datuk Yap Pian Hon meminta anggota MCA menghormati keputusan parti itu untuk tidak menerima sebarang jawatan kabinet.

"Pada perhimpunan agung tahunan 2011 dan 2012, anggota parti sebulat suara meluluskan resolusi untuk tidak menerima sebarang jawatan dalam kerajaan sekiranya prestasi MCA pada PRU13 (Pilihan Raya Umum Ke-13) lebih buruk daripada PRU-12.

"Anggota parti perlu menerima keputusan ini dan tidak memandang ringan mengenainya. Kita perlu akui bahawa pemilih Cina telah meninggalkan MCA," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sebelum ini, MCA mengumumkan parti itu tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan berikutan prestasi buruknya dalam PRU-13 pada 5 Mei dengan hanya memenangi tujuh daripada 37 kerusi parlimen dan 11 daripada 90 kerusi negeri yang ditandinginya.

Yap berkata MCA perlu mengambil iktibar daripada pengalaman pahit yang ditempuhinya untuk terus melangkah ke hadapan.

Katanya segala yang dialami itu mungkin menjadi titik perubahan dalam senario politik MCA dan kini tibalah masanya bagi parti itu untuk bangun kembali bersama pemikiran baharu untuk memulakan langkah baharu dalam arena politik. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan