KPN Baru Ikrar Kekalkan Ketenteraman Awam

Diterbitkan: Jumaat, 17 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara (KPN) yang baru, Tan Sri Khalid Abu Bakar berjanji akan meletakkan ketenteraman awam dan keselamatan negara sebagai keutamaan beliau.

"Saya sangat komited dalam mengekalkan keselamatan dan ketenteraman awam.

"Saya menyedari kepentingan untuk mengekalkan ketenteraman awam...Saya akan menumpukan perhatian kepada perkara ini kerana keselamatan rakyat akan perkara yang paling utama bagi saya," kata Khalid yang secara rasmi memulakan tugasnya sebagai Ketua Polis Negara pada Khamis.

Keselamatan rakyat merupakan isu pilihan raya apabila masyarakat melahirkan kebimbangan mereka berhubung peningkatan kes ragut, rompakan serta insiden tembak-menembak.

Ramai yang menggunakan Internet sebagai medium untuk meningatkan masyarakat mengenai jenayah.

Mangsa turut memuat naik gambar serta menggambarkan perasaan yang mereka alami selepas kejadian itu, ia kemudiannya tersebar di Internet.

Polis telah beberapa kali menegaskan indeks jenayah telah menurun 7.6 % pada 2012, dengan 153,811 kes direkodkan berbanding 166,295 kes pada 2011.

Ia telah mencatatkan penurunan sebanyak 12,484 kes.

Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) jenayah juga mencatatkan penurunan sebanyak 27% daripada tahun 2009 hingga 2012, berbanding peningkatan sebanyak 33% antara 2004 hingga 2008.

Mengenai kebimbangan masyarakat mengenai jenayah yang berlaku di laman sosial, Khalid berkata anggota polis telah meningkatkan penggunaan teknologi terkini bagi mengatasi masalah tersebut.

"Ia merupakan salah satu isu yang saya beri perhatian namun saya yakin polis mempunyai sumber yang mencukupi untuk mengatasi masalah berkenaan," katanya.

Terdahulu, Tan Sri Ismail Omar secara rasmi menyerahkan tugas KPN kepada Khalid dalam satu upacara yang diadakan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) pada Khamis.

Mengulas mengenai tugas terbarunya itu, Khalid berkata kepada Ismail: "Saya mempunyai tugas yang cukup berat untuk dilaksanakan.

"Beliau sudah pasti akan menjadi contoh yang akan diikuti, namun saya yakin kita mempunyai sumber yang mencukupi terutamanya sumber manusia, yang menjamin perkhidmatan terbaik dapat diberikan kepada rakyat.

"Saya akan meneruskan legasi beliau dan berharap dapat memperbaiki beberapa aspek," kata Khalid yang telah berkhidmat selama 37 tahun dalam pasukan polis.

Mengakui beliau akan mengambil semua cabaran dalam pasukan polis, Khalid berkata beliau yakin dia mampu mengetuai cabaran dalam membawa pasukan polis ke era yang baru. Ismail dalam ucapan perpisahannya berkata: "Walaupun tahap kebimbangan masyarakat terhadap jenayah masih jelas, saya yakin Khalid dapat melakukan yang lebih baik dalam mengekalkan keyakinan masyarakat terhadap pasukan polis."

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan