Cuaca Panas & Kering Dijangka Berterusan Hingga September

Diterbitkan: Jumaat, 17 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Cuaca panas dan kering dijangka berlaku sehingga September ini berikutan musim Monsun Barat Daya yang bermula Rabu lepas.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), kebanyakan kawasan di negara ini akan mengalami lebih banyak hari tanpa hujan serta liputan awan yang berkurangan, dan tempoh penerimaaan cahaya matahari yang lebih lama menyebabkan suhu persekitaran meningkat.

Walau bagaimanapun, beberapa kawasan di pedalaman Semenanjung dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada lewat petang dan senja, menurut jabatan itu dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Sementara kawasan persisiran pantai di negeri-negeri pantai barat Semenanjung pula kadangkala akan mengalami ribut petir, hujan lebat serta angin langkisau yang kuat terutama pada awal pagi disebabkan pembentukan garis badai di Selat Melaka.

Menurut JMM, pada musim ini akan berlaku peningkatan frekuensi aktiviti ribut tropika di barat Lautan Pasifik dan utara Laut China Selatan yang akan menyebabkan kawasan Kudat dan Pantai Barat Sabah mengalami angin kencang berserta hujan lebat. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan