Abdul Wahid Mahu Jadikan Ekonomi Malaysia Lebih Cemerlang

Diterbitkan: Jumaat, 17 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Abdul Wahid Omar. Foto BERNAMA
Abdul Wahid Omar. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, yang dinamakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, mahu membantu membawa ekonomi Malaysia ke tahap yang lebih cemerlang.

Abdul Wahid, yang bertanggungjawab ke atas Unit Perancangan Ekonomi, berhasrat mengaplikasi pengalaman beliau di sektor korporat untuk tugas baharunya yang mempunyai fokus lebih besar berbanding sebelum ini.

"Beri peluang untuk saya pelajari portfolio dari segi bidang-bidang yang diberikan kepada saya, dan selepas itu, saya akan memulakan tugas.

"Kalau diikutkan pengalaman menerajui syarikat korporat, ia memerlukan seseorang itu membuat perancangan yang rapi dari segi ekonomi, strategi korporat dan sebagainya. Saya akan cuba aplikasi pada portfolio yang diberi," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Perlantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia oleh Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan di Istana Negara pada Khamis.

Abdul Wahid, yang menerajui Maybank sejak 1 Mei 2008, akan mengangkat sumpah sebagai Senator pada 5 Jun.

Menganggap tugas yang diamanah kepadanya sebagai amat mencabar, beliau berkata: "Saya rasa tumpuan akan diberi terhadap kemampuan anda melaksanakan tugas. Saya akan berusaha melakukan yang terbaik sehabis upaya saya."

Ditanya calon penggantinya di Maybank, beliau berkata, perkara itu akan diputuskan Lembaga Pengarah syarikat berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan