Zahid, Hishammuddin Janji Perkhidmatan Terbaik Pelihara Keselamatan Awam Dan Negara

Diterbitkan: Khamis, 16 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua menteri yang bertukar portfolio penting menjaga keselamatan awam dan negara menganggap ia satu tugas berat tetapi komited untuk melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin.

Jawatan Menteri Dalam Negeri kini diamanahkan kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi manakala Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri Pertahanan.

Kedua-dua mereka bersama 28 jemaah menteri yang lain pada Khamis mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Balairong Seri, Istana Negara.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Ahmad Zahid dan Hishammuddin melahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana masih memberi kepercayaan kepada mereka untuk menjawat antara jawatan terpenting dalam kerajaan.

Ahmad Zahid berkata dengan portfolio baharu itu beliau perlu lebih teliti dan berhati-hati dalam menyelesaikan beberapa masalah serta akan memberikan lebih perhatian kepada keselamatan dan kesejahteraan negara.

"Ini merupakan pertukaran jawatan antara saya dan Datuk Seri Hishammuddin dan sudah tentunya ia diterjemahkan dalam memperkasakan strategi lautan biru.

"Saya berpendapat ada banyak permasalahan yang harus saya hadapi dengan portfolio baharu ini kerana ia menjerumus ke arah masalah umum berbanding di Kementerian Pertahanan yang mana skopnya adalah bidang ketenteraan dan agensi-agensi di bawahnya," katanya.

Ahmad Zahid merupakan anggota Parlimen Bagan Datoh dan dilantik sebagai Menteri Pertahanan pada 2009.

Sementara itu, Hishammuddin melahirkan rasa terharu atas penghormatan untuk memimpin Kementerian Pertahanan.

"Tempoh yang ada kalau dipikul dengan amanah, jujur dan bersungguh-sungguh, dengan barisan yang dipilih secara rapi dan teliti oleh perdana menteri, saya yakin setiap janji yang dibuat akan dapat ditunaikan," katanya.

Beliau dalam pada itu positif bahawa Kementerian Dalam Negeri yang diketuainya selama empat tahun akan terus cemerlang di bawah pimpinan Ahmad Zahid.

"Datuk Ahmad Zahid adalah seorang yang cukup berwibawa. Saya yakin KD Nberada dalam kedudukan yang baik," katanya.

Hishammuddin yang juga anggota Parlimen Sembrong, telah menerajui Kementerian Dalam Negeri sejak 2009. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan