Tugas Laksana Aku Janji BN Kedah Telah Dibahagikan Di Kalangan Exco

Diterbitkan: Khamis, 16 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Kerajaan Negeri Kedah telah mengagihkan tugas melaksanakan Aku Janji Barisan Nasional (BN) Kedah kepada anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang dilantik pada Rabu, kata Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Beliau berkata sebagai contoh isu Kolej Universiti Insaniah (Kuin) telah diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Datuk Tajul Urus Mat Zain untuk menyelesaikannya.

"Beliau perlu berjumpa dengan pelajar kolej itu dan perlu kemukakan beberapa cadangan penyelesaian serta pendekatan bagi memastikan kebajikan pelajar dan kakitangan kolej itu dijaga," katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman di sini Khamis.

Katanya pada mesyuarat kali pertama Exco pada Rabu, antara perkara mendapat perhatian ialah isu tanah, kewujudan Majlis Ketua Kampung (MKK) oleh kerajaan terdahulu dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP).

Beliau berkata bagaimanapun tiada keputusan besar dibuat dan mereka akan menyegerakan beberapa isu penting dan keputusan mengenai pelbagai isu akan dimaklumkan pada sidang media dalam tempoh terdekat.

Mukhriz berkata kesemua anggota Exco perlu menyediakan laporan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) setiap tahun bagi memudahkannya menyelaraskan hasil kerja yang dibuat sekali gus dapat menunaikan Aku Janji BN Kedah.

"Saya tak akan guna sewenang-wenangnya kuasa untuk tamatkan lantikan Exco untuk tempoh setahun. Kita mahu semua Exco rangka perancangan dalam tempoh lima tahun untuk mudahkan kita selaraskan kerja.

"Contohnya kalau seseorang Exco tak penuhi KPI 100 peratus tetapi ada perancangan nak penuhi KPI tersebut sudah memadai bagi saya," katanya.

Beliau berkata Exco akan diberi masa untuk menyediakan rangka perancangan dan perbincangan dengan Exco terlibat akan diadakan bagi memastikan mereka melaksanakan tugas dengan baik dan beliau bersedia menerima cadangan daripada mereka. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan