Syor Wujud Portfolio Khas Berkaitan NGO

Diterbitkan: Khamis, 16 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran mewujudkan satu portfolio khusus di Jabatan Perdana Menteri untuk menjaga hal berkaitan badan bukan kerajaan (NGO) di negara ini.

Cadangan itu disuarakan sekumpulan lima NGO tempatan iaitu Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Majlis Permesyuaratan Ayahanda Malaysia dan Persatuan Veteran Tentera Melayu Malaysia (PVTM).

Presiden KWMM Dzulkarnain Taib berkata senario semasa menyaksikan banyak NGO memainkan peranan penting terutama dalam membantu menjayakan program transformasi kerajaan di semua peringkat.

Beliau berkata terdapat NGO di negara ini ditubuhkan dalam usaha membantu inisiatif kerajaan, namun kebanyakan mereka didapati tidak aktif kemudiannya kerana ketiadaan dana untuk menjalankan aktiviti.

"Banyak masa dan usaha NGO digunakan untuk mendapatkan dana dan sumbangan sedangkan jika mereka dibantu kerajaan, NGO ini akan mempunyai lebih banyak masa untuk melaksanakan pelbagai program dan meneruskan agenda pertubuhan masing-masing," katanya pada sidang media di sini Khamis.

Dalam pada itu, lima NGO berkenaan menyambut baik barisan kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri najib Tun Razak pada Rabu.

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata NGO-NGO tempatan berharap barisan kepimpinan baharu itu lebih mesra rakyat serta mudah mendengar permasalahan rakyat tanpa terlalu banyak birokrasi. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan