Sultan Pahang Mahu Pentadbiran Negeri Utama Pembangunan, Perpaduan Rakyat

Diterbitkan: Khamis, 16 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah meminta pentadbiran kerajaan negeri menumpukan kepada agenda pembangunan negeri dan rakyat serta mengukuhkan perpaduan kaum.

Baginda bertitah pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) sudah berlalu dan mahu semua pihak mengetepikan segala yang berkaitan PRU-13.

"PRU-13 telah berlalu...saya tidak mahu melihat segala tohmahan, gambaran tidak tepat, perkara tidak berasas, pembohongan dan fitnah memfitnah berterusan, semua ini mesti dihentikan segera," titah baginda.

Sultan Pahang bertitah demikian pada majlis pengurniaan surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Pahang di Istana Abu Bakar di sini Khamis.

Sultan Ahmad Shah bertitah, selain menumpukan usaha mengukuhkan perpaduan kaum, anggota Exco yang baru dilantik juga perlu memfokuskan kepada penyebaran maklumat tepat kepada rakyat.

"Perpaduan kaum adalah asas kepada keamanan dan kestabilan manakala maklumat tepat adalah penting untuk mengelakkan kekeliruan dan salah faham di kalangan rakyat," titah baginda.

Baginda juga mahu semua pihak menghormati hak orang lain, tidak menghasut dan menimbulkan kekacauan yang boleh merosakkan keamanan dan ketenteraman negeri.

Titah baginda, semua pihak perlu menghormati Perlembagaan Malaysia, Undang-Undang Tubuh Negeri dan segala undang-undang serta peraturan sedia ada.

"Saya tidak rela Negeri Pahang ditimpa kekacauan, kacau-bilau dan porak- peranda.

"Saya yakin kerajaan saya akan merangkumi semua pihak untuk bersatu-padu sesuai dengan semangat "penyatuan" seperti saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, " titah Sultan Pahang. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan