Status Permohonan Ke IPTA/Politeknik Boleh Disemak Mulai Esok

Diterbitkan: Khamis, 16 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Status keputusan permohonan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Politeknik Premier) bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara boleh disemak mulai 12 tengah hari Jumaat.

Menurut kenyataan Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi pada Khamis, semakan boleh dibuat melalui hotline 03-88706767, helpline 03-88706777, talian am 03-88706755/6766 dan khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (No kad pengenalan) dan SMS ke 15888.

Mereka juga boleh melayari laman web http://upu.mohe.gov.my, http:jpt.utm.my, http://jpt.uum.edu.my, http://jpt.ums.edu.my, dan http://jpt.unimas.edu.my.

Calon boleh membuat semakan tawaran dan mencetak surat tawaran rasmi melalui laman web rasmi IPTA berkaitan atau Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) KPT mulai 18 Mei.

Semua calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran oleh IPTA/Politeknik Premier sebelum atau pada 24 Mei dan pengesahan penerimaan tawaran boleh dibuat melalui Laman Web Rasmi IPTA atau JPP,KPT.

Bagi pemohon yang tidak berjaya, permohonan e-Rayuan akan dibuka mulai 24 Mei dan boleh kemukakan permohonan melalui http://upu.mohe.gov.my dan tarikh tutup permohonan adalah pada 2 Jun ini. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan