Senator Khalid Dilantik Setiausaha Politik MB Perlis

Diterbitkan: Khamis, 16 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Naib Ketua Umno Bahagian Arau, Senator Mohd Khalid Ahmad dilantik Setiausaha Politik Menteri Besar Perlis yang baru, Azlan Man.

Pemimpin berusia 59 tahun itu mengangkat sumpah memegang jawatan di depan Azlan pada satu majlis ringkas di pejabat Menteri Besar pada Khamis.

Azlan berkata, pelantikan itu berkuat kuasa pada Khamis, dan pemilihan Khalid berasaskan faktor pengalaman politiknya yang luas.

Khalid, yang juga bekas pegawai kanan Syarikat Padiberas Nasional Berhad (Bernas), pernah menganggotai jawatankuasa Umno bahagian Arau dari 1990 hingga 2008 sebelum menjadi Naib Ketua Umno bahagian itu pada 2009.

Turut hadir pada majlis mengangkat sumpah itu Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Azizan Hamid. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan