Sabah Bangga Lebih Ramai Wakil Negeri Dalam Kabinet

Diterbitkan: Khamis, 16 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Satu kegembiraan terpancar di negeri Sabah apabila seramai enam Menterinya di namakan paling banyak dalam Kabinet Persekutuan.

Lebih signifikan apabila ada yang telah dilantik kepada portfolio yang boleh dianggap sebagai “strategik” bagi negeri ini.

Ini termasuk kementerian yang menyelia air dan tenaga, perumahan dan kerajaan tempatan serta pembangunan luar bandar.

Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Salleh Tun Said berkata, kesemua portfolio ini begitu dekat dengan hati ramai rakyat Sabah seperti keperluan bagi pembangunan luar bandar, infrastruktur dan perumahan.

“Harapan rakyat Sabah sekarang ialah Menteri-Menteri ini melaksanakan apa sahaja projek yang telah dikenal pasti di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata, rakyat Sabah juga mengharapkan pandangan kerajaan negeri mengenai pelbagai isu untuk didengari dalam Kabinet.

Salleh yang juga Timbalan Ketua Umno Sabah berkata, beberapa rekod menteri-menteri dari Sabah dilihat sebagai ganjaran terhadap sokongan padu negeri itu untuk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Beliau berkata, dengan jumlah yang besar dalam Kabinet, menteri-menteri dari Sabah akan memberi kuasa lebih kepada kerajaan negeri di mana dana-dana untuk projek persekutuan akan disalurkan kepada kerajaan negeri bagi memastikan pelaksanaan berjalan lancar dan efektif.

“Pelbagai kementerian boleh bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri dengan menyalurkan dana dan tugas mereka, dan kemudiannya akan dipantau projek-projek ini,” kata Salleh.

Beliau berkata, adalah penting bagi anggota Kabinet dari Sabah yang baru dilantik untuk membolehkan pelantikan mereka itu dengan melaksanakan tugas dengan cekap.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan