PM Sifatkan Barisan Kabinet Baru Sebagai 'Kabinet Berimbang'

Diterbitkan: Khamis, 16 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu menyifatkan senarai barisan Kabinet yang baru sebagai 'Kabinet Berimbang'.

Beliau berkata, kabinet berimbang itu adalah antara mereka yang berpengalaman, teknokrat dan mewakili golongan muda.

"Saya percaya mereka yang berpengalaman akan mengimbang dari segi kesinambungan berdasarkan pengalaman mereka sama ada sebagai timbalan menteri atau menteri sepenuhnya.

"Mereka yang merupakan teknokrat akan menyumbang dari segi kepakaran khusus mereka yang amat penting untuk menyumbangkan idea-idea yang kreatif lagi bernas untuk dipertimbangkan kerajaan.

"Mereka yang muda selain kebolehan mereka, dan juga dapat membawa cita rasa golongan muda kepada kerajaan," katanya ketika mengumumkan senarai barisan Kabinet yang baru di sini, Rabu.

Najib berkata, beliau menyifatkan barisan Kabinet ini mampu meneruskan dan seterusnya menjayakan agenda transformasi nasional.

"Di samping itu, ia dapat meningkatkan kepercayaan dan keyakinan rakyat," katanya.

Perdana Menteri berkata, selain kebolehan, senarai kabinet yang baru itu memberi tumpuan kepada isu-isu integriti dan rasuah.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan