Phahrolrazi Letak Jawatan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah

Diterbitkan: Khamis, 16 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Phahrolrazi Mohd Zawawi
Phahrolrazi Mohd Zawawi

ALOR SETAR: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Kundor, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata beliau meletak jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah kerana ingin memberi laluan kepada muka baru.

Menurut Phahrolrazi, adalah lebih baik untuk beliau meletak jawatan ekoran keputusan jawatankuasa pusat parti itu melantik Datuk Mahfuz Omar sebagai Pesuruhjaya Pas Negeri bagi menggantikan Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

"Azizan melantik saya sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah sepanjang tempoh dua penggal sejak 2009.

"Kini jawatankuasa pusat menggugurkan beliau, jadi adalah lebih baik saya memberi laluan kepada penggantinya untuk memilih pasukan sendiri bagi mengemudi parti susulan prestasi buruk kami pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13)," katanya selepas majlis angkat sumpah Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di Istana Anak Bukit di sini, Rabu.

Phahrolrazi berkata, Azizan yang masih separuh sedar selepas menjalani pembedahan untuk memotong kedua-dua belah kakinya minggu lalu masih belum mengetahui beliau digugurkan dari jawatan tersebut.

Phahrolrazi dan Azizan tidak mempunyai hubungan baik sepanjang bekerjasama sejak dua tahun lalu di mana beliau dikatakan cuba menggulingkan bekas menteri besar itu.

Ramai pihak menyalahkan masalah dalaman parti sebagai punca kegagalan PAS mempertahankan negeri Kedah pada PRU-13 yang lalu.

Phahrolrazi yang menghantar surat peletakan jawatannya kepada Setiausaha PAS negeri pada Isnin lalu berkata beliau telah memberi penerangan kepada biro politik negeri mengenai perkara itu dalam satu mesyuarat khas malam Selasa.

"Saya tidak mahu Mahfuz terikat kepada pasukan lama. Beliau sepatutnya berasa bebas untuk memilih pasukan sendiri," katanya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan