Penggabungan Dua Kementerian Baik Untuk Kelangsungan Pendidikan - Idris Jusoh

Diterbitkan: Khamis, 16 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi II, Datuk Seri Idris Jusoh menyifatkan penggabungan dua kementerian di bawah satu nama sebagai amat baik dalam memastikan kelangsungan pendidikan anak-anak di negara ini.

Katanya, pendidikan merupakan asas kepada kesejahteraan rakyat dan penting bagi memastikan keseimbangan antara pencapaian akademik cemerlang dan pembentukan akhlak dalam kalangan pelajar.

"Kita mahu pastikan kelangsungan pendidikan bukan sahaja di peringkat bawah tetapi juga di peringkat universiti. Saya akan berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri untuk berbincang tugas selanjutnya," katanya kepada pemberita selepas mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di Istana Negara pada Khamis.

Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi I.

Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi I, Datuk Mary Yap pula berkata, beliau mahu memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, dilaksana dengan bekesan kerana pelan itu mengandungi pelbagai inisiatif untuk mentransformasikan sektor pendidikan agar pelajar dapat bersaing di peringkat antarabangsa.

"Pendidikan merupakan keghairahan saya...justeru pelantikan ini yang memberi saya peluang untuk kembali ke bidang pendidikan adalah sesuatu yang saya tunggu," katanya.

"Ini satu cabaran yang berat tetapi saya teruja. Teruja bukan kerana mengenai saya, tetapi kerana negara, rakyat dan perkhidmatan," kata Yap yang dinamakan Tokoh Guru Kebangsaan pada 2012.

Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi II, P. Kamalanathan pula berkata, beliau sentiasa terbuka untuk menerima pendapat dan idea daripada semua pihak terutama golongan pendidik untuk terus memajukan bidang pendidikan.

Beliau bertekad memastikan objektif, visi dan misi yang ditetapkan Perdana Menteri akan terlaksana, khususnya dengan penggabungan dua kementerian utama pendidikan.

Kamalanathan juga berhasrat menjadikan 523 buah sekolah jenis kebangsaan Tamil di seluruh negara sebagai denyut nadi masyarakat India yang berterusan.

"Tujuh buah lagi akan ditambah dan kita akan pastikan sekolah-sekolah ini terus diberi sokongan dan bantuan penuh pada masa akan datang," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan