Pelan Induk Pembangunan Kampung Baru Dijangka Siap Jun 2014

Diterbitkan: Khamis, 16 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelan induk pembangunan Kampung Baru di sini dijangka siap Jun 2014 dan akan dibentangkan kepada penduduk dan pemilik tanah di kawasan tersebut.

Pengerusi Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PKB), Datuk Astaman Abdul Aziz pada Khamis berkata, idea dan perancangan mengenai pembangunan Kampung Baru sedang dirangka dengan rapi bagi memastikan tiada seorang pun pemilik tanah di sana tercicir dalam pelan induk tersebut.

"PKB juga akan mengadakan sesi pertemuan dengan para penduduk Kampung Baru bagi memberi penerangan secara terperinci mengenai 'progress' pelan induk tersebut bermula Jun depan sehingga September ini.

"Perkembangan mengenai perkara ini (pembangunan Kampung Baru) perlu dijelaskan kepada para penduduk dari semasa ke semasa selain mendapatkan reaksi mereka berhubung pembangunan yang akan dijalankan itu,” katanya pada sidang akhbar mengenai Perancangan Pembangunan Kampung Baru dan isu tanah mendap, di sini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif PKB, Naharudin Abdullah dan Pengerusi Majlis Penasihat PKB, Datuk Mohd Khay Ibrahim.

Astaman berkata, setakat ini tujuh pemaju telah dikenal pasti bagi tujuan projek pembangunan Kampung Baru.

"Kebanyakan daripada pemaju tersebut terdiri daripada syarikat milik kerajaan (GLC) yang berpotensi untuk melaksanakan projek pembangunan Kampung Baru".

Katanya, usaha yang dilakukan PKB dalam menyediakan pelan pembangunan Kampung Baru merupakan jaminan kerajaan untuk melaksanakan pembangunan semula selepas mendapat persetujuan penduduk.

"Para penduduk mempunyai hak untuk menentukan kaedah pembangunan yang sesuai dengan kehendak mereka. Tiada pemilik dan pewaris yang akan terpinggir, selain warisan, budaya Melayu dan kemuliaan Islam dikekalkan," katanya.

Sementara itu, mengulas kejadian tanah mendap di Jalan Syed Mahadi, Kampung Pindah dekat Kampung Baru yang berlaku dua tahun lalu, beliau berkata Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah menyediakan cadangan bagi membina terowong air bawah tanah bagi mengelak perkara sama berulang.

"JPS telah mengeluarkan cadangan membina terowong air dan beberapa kolam tebatan banjir yang baru di bawah Rancangan Tebatan Banjir Sungai Bunus serta dijangka siap tiga tahun lagi.

"Mengikut pelan cadangan JPS, terowong air sepanjang hampir 900 meter itu akan melalui Sungai Bunus yang terletak di hadapan Wisma Bernama, kemudian ke Jalan Tun Razak sikit, seterusnya masuk ke Kampung Baru melalui Kampung Pinang dan Sungai Baru," katanya.

Katanya, kos pembinaan terowong air dan kolam tebatan banjir tersebut turut dimasukkan ke dalam kos Pembangunan Kampung Baru dengan anggaran keseluruhan berjumlah RM180 juta. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan