Nazri Orang Yang Tepat Teraju Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan - Ng Yen Yen

Diterbitkan: Khamis, 16 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nazri Aziz (dua, kiri) menerima surat serah tugas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan daripada Mantan Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen (dua, kanan)pada majlis penyerahan tugas itu di Kementerian Pelancongan di Putrajaya, Khamis. Turut sama ialah Bekas Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Dr James Dawos Mamit (kiri) yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan Datuk Dr Ong Hong Peng. Foto MOHD SAHAR MISNI / THE STAR
Nazri Aziz (dua, kiri) menerima surat serah tugas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan daripada Mantan Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen (dua, kanan)pada majlis penyerahan tugas itu di Kementerian Pelancongan di Putrajaya, Khamis. Turut sama ialah Bekas Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Dr James Dawos Mamit (kiri) yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan Datuk Dr Ong Hong Peng. Foto MOHD SAHAR MISNI / THE STAR

PUTRAJAYA: Pelantikan seorang yang berpengalaman seperti Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sebagai Menteri Pelancongan dan Kebudayaan menunjukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengiktiraf kementerian itu sebagai sebuah 'kementerian ekonomi' yang menjana pendapatan untuk negara.

Bekas menteri pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen menyifatkan pelantikan Nazri, yang memegang portfolio sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri selama sembilan tahun sejak pilihan raya umum 2004, memandangkan penggantinya itu adalah orang yang tepat bagi menerajui Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan ke tahap yang lebih tinggi.

“Saya yakin Nazri akan melakukan perkara yang hebat untuk kementerian itu. Pelantikan Nazri akan mempercepatkan kemajuan ke arah mencapai sasaran 36 juta kedatangan pelancong dan menjana pendapatan RM168 bilion menjelang tahun 2020,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan tugas kepada Nazri di kementerian itu di sini Khamis.

Turut hadir Ketua Setiausaha kementerian Datuk Dr Ong Hong Peng dan Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Mirza Mohammad Taiyab, bekas timbalan menteri pelancongan Datuk Dr James Dawos Mamit, yang dilantik sebagai timbalan menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Sambil menyambut baik pengumuman menggabungkan pelancongan dan kebudayaan sebagai sebuah kementerian oleh Najib pada Rabu, Ng berkata, ia merupakan satu sinergi bagi menyemarakkan jenama 'Malaysia Truly Asia'.

“Rakyat menjadikan Malaysia, Truly Asia. Ia mengenai rakyat dan budaya. Ia adalah gabungan yang sempurna. Saya berpendapat Perdana Menteri benar-benar mengiktiraf industri pelancongan Malaysia..saya yakin keseluruhan industri (pelancongan) sangat gembira mengenai perkara itu,” katanya.

Ng yang memegang portfolio Menteri Pelancongan sejak 2009, berkata beliau akan berkongsi pengalamannya dalam industri pelancongan dengan Nazri, yang juga anggota Parlimen Padang Rengas.

“Saya telah bercakap dengan beliau (Nazri) mengenai hala tuju baru (kementerian). Kita melihat Amerika dan Amerika Selatan sebagai pasaran baru muncul. Kita telah mula beroperasi dan menimbang untuk mengadakan penerbangan terus,” katanya.

Ditanya mengenai rancangan masa depannya, Ng berkata, beliau akan mula melancong ke Hong Kong dan China.

“Sebelum ini, ia hanya berkaitan lawatan kerja. Sekarang, saya mahu berkunjung ke sana sebagai seorang pelancong,” katanya.

Ng, yang juga naib presiden MCA digugurkan daripada senarai calon Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen Raub di Pahang pada pilihan raya umum ke-13 5 Mei lalu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan