KIMMA Pulau Pinang Rayu PM Pertimbang Lantik Wakil Parti Itu Dalam Barisan Kabinet

Diterbitkan: Khamis, 16 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) Pulau Pinang merayu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mempertimbang untuk melantik wakil parti itu menyertai barisan Kabinet bagi penggal ini.

Pengerusi Badan Perhubungan KIMMA negeri Faruk Raju Mohamed berkata pertimbangan itu perlu sebagai menghargai jasa parti itu yang banyak membantu Barisan Nasional (BN) dalam menarik undi India Muslim sepanjang pilihan raya ke-13 yang lepas.

"Kami dengan rasa rendah diri memohon jasa baik Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mempertimbangkan wakil kami sebagai timbalan menteri di mana-mana kementerian yang dirasakan sesuai.

"Semoga dengan kehadiran KIMMA bakal menyemarakkan lagi perjuangan BN untuk terus berkhidmat kepada rakyat. Adalah menjadi harapan besar kami agar permintaan kami mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak Perdana Menteri," katanya pada sidang akhbar di sini Khamis.

Beliau berkata usul memohon jawatan timbalan menteri dalam kabinet baharu itu telah disuarakan pada Konvensyen KIMMA Kebangsaan ke-36, 13 Oktober tahun lepas, dan usul itu telah dihantar kepada perdana menteri.

Faruk berkata pihaknya akan menghantar surat berhubung rayuan itu kepada Perdana Menteri dalam masa terdekat.

Beliau berkata masyarakat India Muslim merangkumi kira-kira 675,000 orang di seluruh negara dan katanya pelantikan seorang wakil parti itu di dalam kabinet dapat mengetengahkan suara-suara masyarakat itu ke peringkat persekutuan.

Katanya, sehingga kini KIMMA mempunyai sebanyak 285,000 anggota di seluruh negara dan di Pulau Pinang sebanyak 12,000. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan