Kakitangan PBT Boleh Guna Kotak Cadangan Untuk Penambahbaikan - MB Kedah

Diterbitkan: Khamis, 16 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Kedah bagi mendapatkan pandangan orang awam kini turut boleh digunakan oleh kakitangan PBT untuk memberi pendapat bagi menambah baik perkhidmatan setiap PBT di negeri ini.

Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata penglibatan kakitangan PBT yang memberi cadangan membolehkan penyampaian maklumat secara langsung sekaligus dapat mempertingkatkan prestasi kualiti kerja.

"Mereka (kakitangan PBT) itu lebih dekat dengan rakyat dan mereka lebih tahu masalah yang dihadapi seperti memendekkan proses dokumen, menggunakan teknologi dan sebagainya.

"Saya tahu kotak cadangan dah diletakkan di semua pejabat PBT dan ia perlu lebih serius supaya satu sistem penambahbaikkan yang teratur. Kita kena ada 'sikap' di mana ada ruang untuk tambah baik kualiti kerja," katanya kepada pemberita selepas Program Pemantapan Urustadbir dan Sukan PBT Kedah 2013 di Wisma Darul Aman di sini Khamis.

Beliau berkata pihaknya turut mewujudkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang baru agar pihak PBT tidak berpuas hati dengan pencapaian sedia ada dan perlu melakukan yang terbaik dari semasa ke semasa untuk meningkatkan KPI.

Mukhriz berkata kerajaan negeri juga perlu meletakkan tanda aras yang tinggi bagi membolehkan sasaran untuk mencapai sesuatu hasil tercapai.

Beliau berkata tidak mustahil jika pihaknya meletakkan suatu matlamat yang tinggi untuk dicapai dan berusaha bersungguh-sungguh dengan keyakinan yang tinggi, ia akan memperoleh kejayaan.

Mukhriz berkata beliau mahu pihak PBT membantu kerajaan negeri menjayakan 138 Aku Janji Barisan Nasional (BN) Kedah dan akan mengutamakAn Aku Janji yang perlu disegerakan dalam tempoh satu atau dua tahun.

Beliau berkata sokongan padu dari kerajaan persekutuan juga dapat menyuntik semangat baru ahli PBT negeri ini untuk melaksanakan tugas dengan baik. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan