Hishammuddin Dan Ahmad Zahid Bertukar Portfolio

Diterbitkan: Khamis, 16 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hishammuddin Tun Hussien
Hishammuddin Tun Hussien

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertukar portfolio dengan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam Kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri pada Rabu.

Dalam pengumuman secara langsung dari Putrajaya, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pertukaran itu dengan Ahmad Zahid dilantik memegang jawatan Menteri Dalam Negeri manakala Hishammuddin dilantik sebagai Menteri Pertahanan.

Anggota Parlimen Bagan Datoh, Ahmad Zahid dilantik sebagai Menteri Pertahanan pada 2009, manakala anggota Parlimen Sembrong, Hishammuddin memegang jawatan Menteri Dalam Negeri.

Najib turut mengumumkan anggota Parlimen Kudat, Datuk Abdul Rahim Bakri sebagai Timbalan Menteri Pertahanan.

Anggota Parlimen Santubong Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar diumumkan sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan