10 Exco Kerajaan Negeri Pahang Angkat Sumpah

Diterbitkan: Khamis, 16 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Sepuluh anggota Dewan Undangan Negeri pada Khamis mengangkat sumpah sebagai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco)Pahang di Istana Abu Bakar, Pekan.

Lima daripada mereka ialah muka baharu dan seorang bekas Exco tahun 2004, Datuk Shahiruddin Ab Moin, yang dilantik semula.

Majlis angkat sumpah diadakan bermula pukul 11 pagi di Istana Abu Bakar, Pekan di hadapan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, seminggu selepas Datuk Seri Adnan Yaakob, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang untuk penggal ke-4 pada 9 Mei.

Muka baharu Exco negeri ialah Datuk Abu Bakar Harun (Adun Chini), Datuk Mohd Johari Hussain (Tioman), Norul Azali Sulaiman (Guai), Datuk Shahaniza Shamsuddin (Kuala Sentul) dan Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad (Kerdau).

Empat muka lama turut dilantik semula iaitu Datuk Mohd Sharkar Shamsudin (Lanchang), Datuk Ir Mohd Soffi Abd Razak (Benta), Datuk Wan Rosdy Wan Ismail (Jelai) dan Datuk Shafik Fauzan Sharif (Inderapura).

Tiada Adun MCA yang dilantik. Pada pilihan raya umum ke-13, 5 Mei lepas, MCA hanya menang dua daripada lapan kerusi yang ditandingi mereka iaitu Datuk Lau Lee (Damak) dan Datuk Fong Koong Fuee (Cheka).

MCA telah menyatakan tidak akan menerima pelantikan jawatan ekoran prestasi buruk parti itu pada PRU-13.

Pada 2008, Fong dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang.

Majlis angkat sumpah pada Khamis turut dihadiri Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan menteri besar. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan