Shabery Cheek Kembali Ke Kementerian Lama Tapi Dengan Nama Yang Baru

Diterbitkan: Rabu, 15 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ahmad Shabery Cheek
Ahmad Shabery Cheek

KUALA LUMPUR: Pelantikan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia ibarat sirih pulang ke gagang, kerana beliau pernah meneraju kementerian itu dari Mac 2008 hingga April 2009.

Ketika itu kementerian berkenaan dikenali Kementerian Penerangan.

Dalam rombakan kabinet kemudian, Ahmad Shabery, 55, dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri dari 2006 hingga 2008 itu merupakan Anggota Parlimen Kemaman sejak pilihan raya umum 2004.

Anak kelahiran Kijal, Kemaman, Terengganu itu merupakan bekas pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya selama empat tahun dari 1986.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya serta Ijazah Sarjana Sains Politik dari University of Leeds, United Kingdom selain diploma lanjutan dalam bidang Perhubungan Antarabangsa dari Universiti Uppsala, Sweden yang diterimanya pada 1989.

Beliau juga pernah menjadi pemimpin pelajar iaitu Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universti Malaya dan Presiden Persatuan Pelajar-Pelajar Islam Universiti Malaya, dan pada 1989 dilantik sebagai Setiausaha Persatuan Sains Sosial Malaysia selama setahun.

Beliau juga merupakan bekas felo penyelidik di Institut Kajian Asia Tenggara Singapura (ISEAS). - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan