Setiausaha Agung Umno Dilantik Menteri

Diterbitkan: Rabu, 15 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

KUALA LUMPUR: Selepas lima tahun, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, kembali menganggotai kabinet baharu pada Rabu, memegang jawatan Menteri Wilayah Persekutuan.

Tengku Adnan, 63, adalah anggota parlimen Putrajaya pernah menyandang jawatan menteri pelancongan pada 2006 hingga pilihan raya umum 2008.

Beliau juga pernah dilantik sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri dari Janauri 2001 dan kemudian pada November 2002, dilantik sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri sehingga pilihan raya umum 2004.

Tengku Adnan yang mempunyai latar belakang dalam bidang perniagaan termasuk menjadi pengarah kepada beberapa syarikat terkemuka dan disenaraikan, merupakan anak kelahiran Melaka dan memiliki ijazah sarjana dalam bidang pengurusan perniagaan dari University of Southern California, Amerika Syarikat.

Beliau mempunyai sembilan orang anak hasil perkongsian hidup dengan Datin Seri Enny Beatrice Ferlat Kusumo Anggraini. Setiausaha Agung Umno itu melibatkan diri dalam politik ketika berusia 19 tahun dengan menyertai Umno dan pernah menyandang jawatan ketua pemuda Umno Bahagian Setapak.

Pada tahun 1988, beliau dilantik sebagai bendahari Pergerakan Pemuda Umno dan kemudian pada tahun 1993 sebagai anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan