Sakthivel Ganti Murugesan Setiausaha Agung MIC

Diterbitkan: Rabu, 15 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Setiausaha Agung MIC yang baru, A. Sakthivel menyatakan hasrat untuk menebus maruah parti itu dengan memberi tumpuan kepada beberapa isu utama.

Sakthivel, yang kalah dalam pertarungan enam penjuru dengan wakil PKR, G. Manivannan dengan majoriti 23,790 undi pada PRU-13 5 Mei lalu berkata beliau gembira dengan pelantikannya ke jawatan itu.

"Saya akan melakukan apa sahaja untuk membawa parti ke tahap yang lebih tinggi. Terdapat banyak perkara yang perlu diperbaiki.

"Parti perlu memberi tumpuan kepada pengundi muda dan isu-isu semasa," kata Ketua Bahagian MIC Puchong dan ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) itu.

Sakthivel masih belum menerima surat rasmi berhubung perlantikannya.

Sakthivel berkata beliau menerima berita mengenai pelantikan beliau melalui setiausaha akhbar presiden parti, Datuk Seri G. Palanivel.

"MIC memenangi empat daripada sembilan kerusi Parlimen dan lima daripada 18 kerusi DUN pada PRU lalu. Ini perlu diperbaiki dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.

Datuk S. Murugesan meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung dan mengemukakan surat kepada ibu pejabat parti itu pada pukul 11.30 pagi Selasa.

Murugesan, yang tewas kepada wakil PAS, Dr Siti Mariah Mahmud dengan majoriti 29,395 undi berkata, beliau sebelum ini telah memaklumkan kepada presiden parti mengenai hasratnya untuk berundur jika beliau tewas dalam pilihan raya.

Beliau bagaimanapun kekal sebagai anggota CWC.

Kira-kira sejam kemudian, Palanivel melantik Sakhtivel, 43, sebagai setiausaha agung.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan