Kritik Presiden: Azmin Kunci Mulut

Diterbitkan: Rabu, 15 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mohamed Azmin Ali.
Mohamed Azmin Ali.

PETALING JAYA: Setelah mengeluarkan kenyataan kontroversi mengkritik kepimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali kini memilih untuk tidak mengeluarkan sebarang komen balas.

Mengelak untuk mengulas sebarang soalan berhubung kontroversi berkenaan, Ahli Parlimen Gombak itu dilihat seolah-olah mahu isu tersebut tidak lagi diperbesarkan.

"Cukuplah...cukup tiga hari isu ini dimainkan," katanya ringkas ketika ditemui di Ibu Pejabat PKR di sini, Rabu.

Sementara itu Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui juga seolah-olah mahu mengelak daripada memberi komen berhubung wujudnya gesaan agar Mohamed Azmin dikenakan tindakan disiplin kerana mengkritik Presiden parti, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail secara terbuka.

"Kita belum terima aduan rasmi...belum lagi," katanya ringkas.

Anwar diminta mengulas mengenai desakan terbaru daripada Ketua AMK Balik Pulau, Mohd Faizal Ab Rahman yang mahu Jawatankuasa Disiplin parti mengambil tindakan tegas terhadap Mohamed Azmin.

Menurut Mohd Faizal, beliau menulis surat kepada Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong bertarikh 11 Mei lalu bagi memohon tindakan disiplin ke atas Mohamed Azmin kerana menuduh Wan Azizah mengamalkan dasar nepotisme.

Minggu lalu, Mohamed Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa mempertikaikan tindakan Wan Azizah yang didakwanya langsung tidak mendapatkan pandangan pemimpin PKR negeri sebelum menyerahkan surat mencalonkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar kepada Istana Selangor.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan