Kelantan Tumpu Bina Rumah Mampu Milik - MB - Berita Semasa | mStar

Kelantan Tumpu Bina Rumah Mampu Milik - MB

Diterbitkan: Rabu, 15 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Kerajaan Kelantan akan memberi tumpuan kepada pembinaan rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun akan datang, kata Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yakob.

Katanya Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dipertanggungjawabkan melaksanakan projek itu.

"Kita menjangka dapat menyelesaikan masalah rumah sebagaimana yang terkandung dalam manifesto pilihan raya umum ke-13 PAS Kelantan baru-baru ini," katanya tanpa menjelaskan jumlah rumah yang diperlukan kerana ia bergantung kepada kajian yang akan dilakukan PKINK dan PMBK.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) selepas pilihan raya umum ke-13 di Kota Darulnaim di sini, Rabu.

Tanpa menyebut keluasan tanah, Menteri Besar berkata kerajaan negeri telah menyediakan tapak untuk projek itu di seluruh negeri.

Ahmad yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi dan Kewangan negeri berkata kerajaan negeri juga sedang berusaha membina rumah kos rendah melalui usaha sama dengan pihak swasta. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan