Idris Jala Akan Terus Terajui Pemandu

Diterbitkan: Rabu, 15 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Idris Jala
Idris Jala

KUALA LUMPUR: Fasa pelaksanaan kedua program-program transformasi kerajaan dijamin bebas daripada sebarang masalah, selepas Senator Datuk Seri Idris Jala dilantik semula untuk menerajui Pemandu, sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Beliau akan terus mengetuai Pemandu (Unit Pengurusan dan Perlaksanaan), yang bertindak sebagai tulang belakang pelaksanaan yang antaranya, Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan, yang kedua-duanya dicetuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib membuat pengumuman barisan kabinet baharu, selepas Pilihan Raya Umum ke-13, di Pejabat Perdana Menteri pada Rabu.

Jala, 54, adalah lepasan Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang pada 1982 dengan Ijazah dalam Pengurusan.

Beliau memulakan kerjaya di Sarawak Shell Bhd sebagai Pegawai Perhubungan Perindustrian dalam tahun yang sama, sebelum memperoleh Sarjana dari University of Warwick, United Kingdom pada 1986.

Dilahirkan di Bario, Sarawak, Jala berasal dari keturunan Kelabit dan mengukir kepimpinannya sendiri semasa berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif di Shell Malaysia Ltd, sebelum dilantik menjadi ketua Malaysia Airlines pada 2005.

Beliau berkahwin dengan Datin Seri Pang Ngan Yue dan mempunyai dua orang anak lelaki. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan