Husni Terus Diberi Mandat Untuk Jaga Kewangan

Diterbitkan: Rabu, 15 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

KUALA LUMPUR: Setelah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang penggal 2008-2013, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah dilantik sekali lagi sebagai Menteri Kewangan Kedua untuk penggal 2013.

Pada Pilihanraya Umum ke-13 baru-baru ini, Ahmad Husni, 61, telah memenangi kerusi Parlimen Tambun, mengalahkan calon PKR dengan majoriti 9,325 undi.

Ini merupakan penggal kedua beliau memegang jawatan tersebut setelah dilantik buat kali pertama pada 2009.

Pengalaman beliau sebagai Menteri Kewangan Kedua pada penggal lalu dijangka membantu beliau untuk mengekalkan momentum positif ekonomi negara dalam misi mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Anak jati Ipoh, Perak, ini merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya, dan pernah mengikuti Program Pembangunan Pengurusan di Institusi Pengurusan Asia.

Beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada 2004 sehingga 2008 sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan pada 2008.

Beliau turut memegang jawatan sebagai Bendahari Barisan Nasional Pusat dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Umno Negeri Perak.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan