Azmin Tidak Akan Dikenakan Tindakan Disiplin - Saifuddin

Diterbitkan: Rabu, 15 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tiada tindakan akan dikenakan oleh Jawatankuasa Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadap Timbalan Presidennya Mohamed Azmin Ali berhubung kritikan secara terbuka terhadap kepimpinan tertinggi parti itu baru-baru ini.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Saifuddin Nasution berkata isu tersebut telahpun diselesaikan di peringkat parti.

"Hal membabitkan Azmin kita anggap selesai kerana Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor.

"Jadi tidak timbul soal itu (tindakan disiplin). Hal yang dibangkitkan Azmin hanya membabitkan isu dalaman PKR," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat di sini, Selasa.

Menurut Saifuddin, tiada keperluan untuk membincangkan perkara itu dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang akan diadakan pagi Rabu kerana majlis tersebut hanya membincangkan isu bersifat polisi.

"Hal itu telah kita bincangkan pada mesyuarat biro politik sebelum ini. Kita juga telah berikan penerangan mengenai perkara tersebut sesuai dengan isu-isu yang dibangkitkan," katanya.

Sementara itu, Saifuddin turut menyahut cabaran Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan untuk menjemput Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof bagi membangkitkan dakwaan salah laku dan penipuan pada PRU-13, 5 Mei lalu.

"Kita setuju untuk jemput pengerusi SPR untuk membangkitkan satu persatu perkara berkaitan penipuan atau salah laku dalam perjalanan PRU-13.

"Saya percaya Tan Sri Abdul Aziz juga akan berlaku adil dengan tampil dalam majlis undangan Pakatan Rakat bagi menjawab perkara yang akan dibangkitkan nanti," katanya.

Saifuddin berkata sekiranya pengerusi SPR enggan hadir, Pakatan Rakyat berharap Ahmad Maslan dapat membantu mereka bagi mendapatkan penyertaan Abdul Aziz.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ahmad Maslan yang mencabar pihak pembangkang menjemput pengerusi SPR bagi menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku pada PRU-13, Isnin.

Dalam perkara berasingan, Saifuddin berkata Pakatan Rakyat akan mengadakan konvensyen perpaduan kebangsaan dalam tempoh terdekat ke arah mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat.

"Hal ini dicadangkan oleh Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat selepas melihat corak pasca pilihan raya umum ke-13. Kita ambil inisiatif untuk bincangkan formula mengenainya dan perkara itu akan diperincikan lagi oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat dalam mesyuarat pada Rabu," katanya.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan