Adun Pulai Sebatang Sedia Terima Tindakan MCA

Diterbitkan: Rabu, 15 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang Datuk Tee Siew Kiong yang mengangkat sumpah sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Johor semalam bersedia menghadapi sebarang tindakan yang bakal dikenakan ke atasnya oleh MCA.

Beliau yang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan dikatakan melanggar pendirian MCA yang enggan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan berikutan prestasi kurang memuaskan dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

Namun dalam masa yang sama, beliau turut berharap kepimpinan parti dapat memahami situasinya dan bersedia untuk menjelaskannya jika dipanggil untuk berbuat demikian.

"Saya tahu sebagai ahli parti saya kena sentiasa mengikut keputusan parti terlebih dulu, tetapi dalam masa yang sama saya juga berharap pemimpin dan ahli MCA tahu bagaimana kedudukan saya sekarang.

"Walau apapun saya kena hadapi juga keputusan yang bakal dibuat oleh pucuk pimpinan (MCA)," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Beliau mengulas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang mahu mengenakan tindakan disiplin ke atasnya kerana menerima pelantikan jawatan Exco itu.

Chua dalam kenyataannya semalam, bagaimanapun mengakui pelantikan Siew Kiong adalah atas aspirasi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sendiri yang mahukan barisan Exco negeri turut diwakili kaum Cina dan India. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan