Tee Angkat Sumpah Exco Johor Biarpun MCA Putuskan Tidak Mahu Terima Sebarang Jawatan Dalam Kerajaan

Diterbitkan: Selasa, 14 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Datuk Tee Siew Kiong
Datuk Tee Siew Kiong

JOHOR BARU: Setiausaha Publisiti MCA Kebangsaan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang Datuk Tee Siew Kiong merupakan salah satu daripada sembilan Exco Kerajaan Negeri yang mengangkat sumpah di sini pada Selasa.

Sebelum ini, MCA telah memutuskan parti itu tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan sekiranya parti itu tidak mencatatkan peningkatan daripada keputusan yang dicapai pada pilihan raya 2008 dalam pilihan raya umum ke-13, 5 Mei lalu.

Parti itu hanya memenangi tujuh kerusi Parlimen sahaja berbanding 15 sebelum ini.

Difahamkan pelantikan seorang wakil MCA dalam senarai Kabinet itu dibuat atas perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mahu wakil Cina dalam Kabinet Johor.

Tee akan mengetuai portfolio Pelancongan, Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan.

"Saya adalah wakil MCA dan juga anak Johor. Saya tidak mempunyai pilihan lain kerana ini (pelantikan) adalah titah Tuanku (Sultan Johor)," katanya pada sidang media selepas majlis angkat sumpah Menteri Besar Johor di Dewan Undangan Negeri, Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan pada Selasa.

Tee yang juga Ketua MCA Bahagian Pontian berkata MCA tidak pernah mengemukakan sebarang calon bagi jawatan Exco di Johor selepas parti mencatatkan prestasi buruk pada pilihan raya umum ke-13.

Ditanya mengenai perasaannya dilantik sebagai Exco, beliau berkata "ia bercampur-campur".

Menurutnya di bawah Undang-Undang Tubuh Negeri Johor 1895, Sultan Johor berhak melantik mana-mana wakil rakyatnya untuk menganggotai barisan Exco kerajaan negeri.

Katanya Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek juga telah dimaklum tentang titah Sultan Johor itu dan beliau bersetuju mengenai pelantikannya itu kerana Tuanku mempunyai hak untuk berbuat demikian.

"Datuk Seri Chua juga telah menghubungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (selaku pengerusi Barisan Nasional) memaklumkan tentang perkara ini (pelantikan sebagai Exco oleh Sultan Johor)," katanya.

Tee berkata beliau akan berusaha bersungguh-sungguh bagi melaksanakan tugas sebagai anggota Exco.

Beliau yang berpengalaman luas sebagai pegawai Dr Chua ketika presiden MCA itu memegang jawatan Exco negeri Johor, juga akan berusaha memperkukuhkan perpaduan di antara rakyat pelbagai kaum di Johor sebagaimana diminta oleh Sultan Johor.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan