Struktur Semula Industri Air Di Selangor Diberi Tumpuan - Abdul Khalid

Diterbitkan: Selasa, 14 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Penstrukturan semula industri air di Selangor merupakan tumpuan utama yang akan diberikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebaik sahaja mengangkat sumpah bagi memegang jawatan itu untuk penggal kedua.

Beliau berkata, tumpuan dalam masa terdekat adalah untuk menyambut hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memulakan proses ‘perdamaian kebangsaan’ dengan menyelesaikan penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Selangor.

“Saya telah menyediakan surat kepada Perdana Menteri tentang perkara ini dan amat berharap beliau akan memberi tindak balas positif sejajar dengan Akta Industri Perkhidmatan Air atau WSIA.

“Selangor memberi komitmen bahawa projek Langat 2 akan dirangkumkan bersama proses penstrukturan semula industri air supaya ia tidak dikendalikan secara berasingan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas upacara mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar untuk penggal kedua di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah di sini, Selasa.

Abdul Khalid berkata, surat untuk Perdana Menteri itu sudah pun disiapkan dan akan diserahkan pada Rabu.

Katanya, perkara berkaitan dengan penstrukturan industri perkhidmatan air itu merupakan harapan rakyat di Selangor.

“Sebab dalam program, kempen pilihan raya... kita juga telah menyatakan bahawa kita akan meneruskan usaha penyusunan semula industri air Selangor.

“Oleh kerana kita sudah mendapat mandat daripada rakyat Selangor, maka kita akan meneruskan usaha tersebut,” katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan