Setiausaha Agung MIC Letak Jawatan

Diterbitkan: Selasa, 14 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Datuk S. Murugesan
Datuk S. Murugesan

KUALA LUMPUR: Datuk S.Murugesan meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung MIC, pagi Selasa namun difahamkan parti belum membuat sebarang keputusan berhubung tindakannya itu.

Menurut sumber, Murugesan telah menyerahkan surat peletakkan jawatannya kepada Presiden parti, Datuk Seri G Palanivel dan beliau memaklumkan akan mengambil cuti selama seminggu.

Dalam satu kenyataan, Murugesan berkata beliau akan tetap berkhidmat untuk parti sebagai ahli jawatan kuasa pusat dan Pengerusi MIC cawangan Kota Raja.

"Saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak termasuk media yang banyak memberi sokongan sewaktu berkhidmat sebagai Setiausaha Agung MIC.

"Bagaimanapun saya percaya masa telah tiba untuk saya berundur dan memberi peluang kepada yang lain meneruskan proses membangunkan semula parti," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Murugesan,49, daripada Barisan Nasional bertanding di kerusi Parlimen Kota Raja.

Beliau bagaimanapun tewas kepada penyandang kerusi Dr Siti Mariah Mahmud daripada PAS dengan majoriti 29,395 undi.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan