Ramai Puji Idea Gabungkan Parti Komponen BN

Diterbitkan: Selasa, 14 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Idea politik berasaskan kaum dengan menyatukan pemimpin daripada Umno, MCA dan MIC dilihat sebagai usaha perdamaian selepas Malaysia menghadapi pilihan raua umum merupakan salah satu usaha yang perlu diterokai oleh Barisan Nasional, kata Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Khairy, yang juga Ketua Pemuda Umno berkata BN wajar menerokai semua kemungkinan termasuk mengabungkan pemimpin dikalangan parti komponen bagi memastikan usaha perdamaian pasca PRU-13 lebih relevan.

"Tidak ada satu idea yang tidak baik pada ketika ini. Kita perlu analisis yang lebih komprehensif terhadap keputusan pilihan raya. Selepas itu kita perlu mencari jalan terbaik untuk pembaharuan dalam BN," katanya sambil menambah BN tidak akan dapat melakukan perubahan pada kedudukan sedia ada.

"KIta tidak lagi dapat menarik perhatian pengundi. Kita masih ketinggalan zaman dan kehilangan sentuhan namun perubahan perlu dibuat bukan hanya luaran semata-mata. Dengan hanya menukar nama BN tidak cukup. Rakyat mahukan perubahan secara menyeluruh," katanya pada Isnin.

Dilaporkan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah mencadangkan parti komponen BN bergabung menjadi satu parti sebagai sebahagian daripada langkah penjenamaan semula parti itu untuk kekal releval kepada semua rakyat Malaysia.

Ahli Parlimen Putrajaya itu berkata BN sedang mengkaji semua cadangan sebagai langkah penjenamaan semula bagi memastikan ia dapat membawa perubahan yang signifikan.

Bagaiamanapun ketika dihubungi, Tengku Adnan enggan mengulas lanjut mengenai isu berkenaan.

Naib Presiden MCA, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata langkah penggabungan merupakan idea yang baik bagi mengurangkan perbalahan dalaman dikalangan parti komponen dalam BN sekaligus memastikan ia sebuah parti yang sesuai bagi sebuah negara majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Malaysia.

Turut menyambut baik idea untuk mengakhiri politik berasaskan kaum ialah, Setiausaha Agung MIC, Datuk S.Murugesan dengan menyifatkan ia sebagai langkah yang positif kepada BN.

"Pembangkang sering menuduh kita mempunyai hubungan yang dangkal dan ini akan menutup mulut mereka yang menggelarkan kita parti yang rasis," katanya.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah turut bersetuju, beliau berkata langkah tersebut perlu disertai dengan memberi keahlian terus dalam BN sementara parti komponen boleh meneruskan dengan apa yang telah mereka rancangkan.

Beliau berkata secara rasionalnya itulah yang dimahukan oleh ramai pihak terutamanya golongan pertengahan seperti golongan remaja, pelajar serta golongan profesional yang berpendidikan, mereka tidak suka politik berasaskan kaum.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan