Nik Aziz Bersedia Terus Pegang Jawatan Mursyidul Am PAS Walaupun Uzur

Diterbitkan: Selasa, 14 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersedia untuk terus memegang jawatan Mursyidul Am PAS walaupun tugas itu amat berat, dan dalam keadaannya yang uzur.

"Saya bersedia memegang jawatan itu jika saya diperlukan oleh parti. Tugas Mursyidul Am adalah suatu tugas yang amat berat yang terpaksa dipikul dan dilaksanakan mengikut cara Nabi Muhammad s.a.w mentadbir negara Islam," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Jasamu Dikenang di Pusat Pentadbiran kerajaan Negeri Kota Darulnaim di sini, Selasa.

Majlis itu, bagi menghargai dan meraikan sumbangan Nik Aziz yang berkhidmat sebagai Menteri Besar Kelantan selama 23 tahun sejak 1990, turut dihadiri Menteri Besar Kelantan yang baharu Datuk Ahmad Yakob Nik Aziz berkata, beliau tetap berazam akan terus melaksanakan misinya dalam memperjuangkan parti berlandaskan Islam walaupun bukan lagi menteri besar negeri itu.

Nik Aziz juga akan melepaskan jawatan sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan, jawatan yang disandang oleh menteri besar.

Sementara itu, Ahmad ketika ditemui pemberita, berkata beliau akan meneruskan dasar pentadbiran kerajaan negeri sebagaimana di bawah Nik Aziz.

Beliau berkata persidangan pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan selepas pilihan raya umum ke-13 dijangka diadakan Jun ini. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan