Najib Terima Kunjungan Hormat Ketua Polis Negara

Diterbitkan: Selasa, 14 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima cenderahati daripada Tan Sri Ismail Omar ketika menerima kunjungan Ketua Polis Negara itu di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya pada Selasa. Tan Sri Ismail Omar akan bersara wajib pada Jumaat ini selepas dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang kesembilan pada 13 September 2010 bagi menggantikan Tan Sri Musa Hassan. -Foto BERNAMA
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima cenderahati daripada Tan Sri Ismail Omar ketika menerima kunjungan Ketua Polis Negara itu di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya pada Selasa. Tan Sri Ismail Omar akan bersara wajib pada Jumaat ini selepas dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang kesembilan pada 13 September 2010 bagi menggantikan Tan Sri Musa Hassan. -Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa menerima kunjungan hormat Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar di Pejabat Perdana Menteri di sini.

Pertemuan berlangsung hampir setengah jam itu diadakan berikutan Ismail yang akan bersara wajib pada Jumaat ini.

Ismail, yang lahir pada pada 17 Mei 1953 di Kulim, Kedah, dilantik sebagai KPN yang kesembilan pada 13 September 2010, menggantikan Tan Sri Musa Hassan.

Sementara itu, Ismail mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri kerana memberi peluang kepadanya menerajui Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama lebih dua tahun.

Beliau berkata pertemuan itu juga membincangkan usaha untuk meningkatkan perkhidmatan polis selain berkongsi pandangan berhubung soal keselamatan negara yang semakin mencabar dengan perdana menteri.

"Kami setuju cabaran-cabaran keselamatan pada masa akan datang tetap ada dan PDRM kena terus meningkatkan keselamatan orang ramai dan negara," katanya kepada pemberita selepas berjumpa Najib. Menyifatkan tugas yang diberikan sebagai mencabar, Ismail berkata beliau telah melaksanakan amanah sebagai Ketua Polis Negara dengan baik.

Beliau berkata kehendak masyarakat sentiasa diutamakan dan PDRM sentiasa memantau aktiviti yang boleh menggugat keamanan negara, termasuk perhimpunan haram.

"Saya sudah berbincang dengan timbalan saya straregi-strategi yang dikenal pasti dan saya memberi jaminan kepada rakyat Malaysia percayailah PDRM mampu untuk menangani apa jua bentuk cabaran terhadap keselamatan negara. Kita mempunyai kekuatan yang kukuh dan kepakaran untuk menghadapi apa jua situasi yang mengancam keselamatan negara.

"PDRM boleh menangani masalah dan cabaran yang bakal dihadapi. Saya yakin pengganti saya, timbalan ketua polis negara (Datuk Seri Khalid Abu Bakar)seorang yang berkebolehan untuk mengambil tindakan yang sesuai," katanya.

Sementara itu mengulas mengenai perhimpunan-perhimpunan yang diadakan oleh pembangkang bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Ismail mengingatkan agar demonstrasi jalanan tidak harus dijadikan sebagai cara hidup masyarakat di negara ini.

"Amalan demokrasi kita dah 50 tahun lebih, sistem yang kita laksanakan dan platform-platform yang sah ditubuhkan, kenapa kita nak perkecilkan? Menuduh polis yang bukan-bukan, ini bukan sifat mulia dan positif. "Mereka yang meneruskan dan melanggar peruntukan undang-undang, kita akan bersikap tegas. Kita dah tahu apa nak buat, tunggu sajalah. Kita ada cara dan strategi kita bekerja," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan