Najib Menghadap Agong Esok Untuk Dapat Perkenan Barisan Kabinet

Diterbitkan: Selasa, 14 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di Istana Negara, di sini, pada 12 tengah hari Rabu bagi mendapat perkenan terhadap cadangan pelantikan barisan kabinet baharu.

Baginda telah memperkenan Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai menteri dan timbalan menteri diadakan di Istana Negara, 9.30 pagi Khamis.

Demikian menurut kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Perdana Menteri kemudian akan mengumumkan barisan kabinet baharu pada pukul 4 petang secara langsung dari pejabatnya di Putrajaya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) 5 Mei, menyaksikan Barisan Nasional (BN) yang diterajui Najib kembali berkuasa apabila parti gabungan itu menang 133 daripada 222 kerusi parlimen untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baharu.

Isnin lepas, Najib mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri di hadapan Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di Balai Rong Seri, Istana Negara.

Sebelum Dewan Rakyat dibubarkan pada 3 April lepas, Kabinet merangkumi 25 kementerian dan diterajui oleh 28 menteri.

Najib turut menerajui Kementerian Kewangan serta memegang portfolio Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan