Najib Mahu Wakil Cina Dalam Kabinet

Diterbitkan: Selasa, 14 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Wakil Cina dalam Kabinet yang dijangka akan diumumkan esok, masih menjadi keutamaan bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam memilih pasukan pentadbirannya.

Difahamkan Najib telah mengadakan beberapa siri mesyuarat bersama dengan pemimpin parti komponen BN termasuk wakil pemimpin senior Umno berhubung dilema yang dihadapi selepas MCA enggan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan selepas keputusan yang kurang memberansangkan dicatatkan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13)

MCA hanya memenangi tujuh daripada 37 kerusi Parlimen yang ditandinginya dan dalam mesyuarat agung luar biasa parti itu tahun lalu memutuskan resolusi bahawa sekiranya mereka tidak dapat mencipta keputusan yang lebih baik daripada pilihan raya umum 2008 mereka tidak akan menerika sebarang jawatan dalam jabatan kerajaan.

Bagaiamanapun, difahamkan Najib masih mahu mengekalkan konsep kepelbagaian kaum dalam BN yang memerlukan wakil Cina dalam Kabinet.

Barisan Kabinet yang baru dijangka akan mengangkat sumpah di Istana Negara pada Khamis.

Gerakan merupakan sebuah parti pelbagai kaum namun didominasi oleh kaum Cina, kini hanya mempunyai seorang wakil di Dewan Rakyat bagi kerusi Parlimen Simpang Renggam di Johor.

Turut kedengaran spekulasi mengatakan Najib masih mengosongkan beberapa jawatan Kabinet untuk dipegang oleh MCA apabila mereka telah bersedia untuk memegang jawatan berkenaan.

Sementara itu, Najib, boleh menjadi penjaga kepada dua jawatan menteri di kementerian berkenaan.

Satu lagi cadangan ialah Najib melantik tokoh akademik Cina terkenal atau tokoh perniagaan sebagai menteri.

Selain itu, Najib dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengekalkan tiga-tiga Naib Presiden Umno dalam Kabinet yang terdiri daripada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Ada juga cakap-cakap yang mengatakan Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel dan timbalannya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam akan dilantik menyertai Kabinet selepas mereka masing-masing memenangi kerusi Parlimen Cameron Highlands dan Segamat.

Najib juga mempunyai pilihan untuk melantik semula Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala kerana tempoh pelantikannya sebagai senator hanya akan tamat pada 2015.

Sebelum pilihan raya umum, terdapat 10 senator yang memegang jawatan serta portfolio sebagai menteri dan timbalan menteri

Mencari calon wanita dalam Kabinet juga tidak menjadi satu masalah.

Antara pelopor yang dijangka akan dilantik sebagai menteri ialah bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Noriah Kasnon, Datuk Halimah Sadique yang memenangi kerusi Parlimen Tenggara serta bekas Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Najib juga dijangkan mempertimbangkan penyertaan muka-muka baru dalam Kabinet termasuk mereka yang mengetuai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta tokoh korporat ternama yang dapat memperbaiki pengurusan ekonomi negara.

Antara nama yang menjadi sebutan ialah Pengarah Urusan Khazanah Nasional Tan Sri Azman Mokhtar

Bagi mencari wakil generasi muda Malaysia dalam Kabinet, Perdana Menteri boleh membuat pilihan termasuk memilih Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin berkata Khairy dan Abdul Rahman merupakan calon sesuai yang dapat menarik minat pengundi muda.

"Untuk mendapat sokongan orang muda, anda perlu menteri yang bersikap vokal dan tidak takut untuk berterus-terang, kerana pada mas kini tidak ramai pemimpin seperti mereka dalam barisan Ahli Parlimen sedia ada. Ini akan menimbulkan masalah," katanya.

Pengerusi Pusat Kajian Dasar Awam (CPPS) Tan Sri Ramon Navaratnam berkata ramai pihak berharap barisan Kabinet yang baru akan terdiri daripada pemimpin yang bijak, layak, muda serta jujur yang berfikir serta meletakkan kepentingan rakyat Malaysia dihadapan.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan