MCA Jelaskan Tidak Cadangkan Nama Tee Untuk Jawatan Exco Johor

Diterbitkan: Selasa, 14 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MCA tidak mencadangkan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Pulai Sebatang Datuk Tee Siew Kiong menjadi anggota Exco kerajaan negeri Johor, demikian dijelaskan oleh Presiden parti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Beliau berkata pelantikan Tee adalah atas titah Sultan Johor, yang mempunyai hak berbuat demikian kerana uniknya Undang-Undang Tubuh negeri Johor.

Tee akan memegang portfolio Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan.

"Ia juga merupakan aspirasi Sultan yang mahukan masyarakat Cina diwakili dalam barisan Exco kerajaan negeri kerana saya telah menerima panggilan daripada setiausaha Istana Johor bahawa baginda mahu melantik Tee sebagai anggota Exco kerajaan negeri dan saya juga menjelaskan kepada setiausaha istana mengenai pendirian MCA menolak jawatan di peringkat persekutuan dan negeri.

"Saya juga telah merujuk dengan Perdana Menteri pada Isnin mengenai keputusan Sultan Johor dan Perdana Menteri menasihatkan saya untuk mematuhi perintah Sultan," katanya dalam satu kenyataan, Selasa.

Beliau meminta orang ramai dan anggota MCA untuk memahami keadaan unik di Johor serta kuasa dan hak Sultan Johor.

Chua menegaskan MCA akan mengekalkan keputusannya menolak semua jawatan dalam kerajaan.

MCA telah meluluskan resolusi pada 2011 bahawa parti itu tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan jika ia tidak menunjukkan prestasi lebih baik pada pilihan raya umum ke-13.

"Saya akui ada juga beberapa negeri yang telah memperuntukkan jawatan anggota Exco negeri bagi wakil masyarakat Cina," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan