Hentikan Penyebaran Fitnah Dan Hasutan Politik - Sultan Johor

Diterbitkan: Selasa, 14 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersama Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan barisan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor selepas majlis istiadat pengisytiharan pelantikan Menteri Besar dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor di Dewan Persidangan, Dewan Negeri Johor, Bangunan Sultan Ibrahim Johor Bharu pada Selasa.
-Foto BERNAMA
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersama Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan barisan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor selepas majlis istiadat pengisytiharan pelantikan Menteri Besar dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor di Dewan Persidangan, Dewan Negeri Johor, Bangunan Sultan Ibrahim Johor Bharu pada Selasa. -Foto BERNAMA

JOHOR BAHARU: Sultan Johor tidak mahu ada lagi pihak yang terus menyebar fitnah dan hasutan berbau politik untuk menimbulkan kebencian antara rakyat dan menggugat perpaduan serta keamanan negara.

Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah waktu berkempen pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) telahpun tamat dan sekarang ini adalah masa untuk bekerja.

"Saya tidak mahu mendengar ada pihak yang terus menyebar fitnah dan hasutan berbau politik untuk menimbulkan kebencian antara rakyat dan menggugat perpaduan dan keamanan negara," titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada majlis angkat sumpah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Permas, Datuk Mohamed Khaled Nordin sebagai Menteri Besar Johor yang baharu di Dewan Undangan Negeri, Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, di sini Selasa.

Turut sama mengangkat sumpah di hadapan Sultan Johor adalah sembilan Adun daripada Barisan Nasional (BN) bagi jawatan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Menurut baginda, tugas dan tanggungjawab kerajaan untuk tempoh lima tahun akan datang adalah amat berat dan mencabar, dengan semua pihak mesti berusaha bersungguh-sungguh untuk menyatupadukan rakyat serta mengukuhkan kemajuan Johor. "Jika ada mana-mana wakil rakyat yang merasakan diri mereka tidak sesuai atau tidak mampu untuk memikul tanggungjawab yang diberikan, mereka boleh bangun dan keluar baris sekarang," titah baginda.

Sultan Johor mengingatkan wakil rakyat yang telah dipilih supaya tidak melupakan janji-janji yang dibuat ketika kempen PRU-13 lepas dan bertanggungjawab untuk menunaikan janji terbabit.

"Saya amat prihatin dan akan sentiasa mengambil berat tentang keadaan rakyat dan negeri saya. Oleh yang demikian, bagi pihak rakyat saya mahu setiap janji yang dibuat mestilah ditunaikan," titah baginda.

Sultan Johor juga bertitah bahawa sebagai pemerintah yang menaungi semua rakyat Johor, baginda tidak memihak kepada mana-mana parti politik dan tidak memandang rendah mana-mana pihak.

"Kerana pada mata saya, semua orang Johor adalah rakyat saya," titah baginda dan menambah, sebab itulah baginda telah mengarahkan supaya mesti ada wakil daripada masyarakat Cina dan India di dalam barisan Exco kerajaan negeri Johor.

Dua wakil masyarakat Cina dan India di dalam barisan Exco Johor adalah Datuk Tee Siew Kiong (Adun Pulai Sebatang) sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan dan R.Vidyanathan (Adun Kahang) sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia.

Sultan Johor juga mengingatkan kesemua wakil rakyat supaya memahami isi kandungan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895 dan mematuhi peraturan serta tatacara Dewan Undangan Negeri Johor.

Kerajaan Negeri Johor, menurut baginda, telah ditubuhkan lebih awal daripada kerajaan Malaysia di mana telah berpegang lama kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.

Turut hadir pada majlis angkat sumpah itu ialah Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan kerabat diraja lain, anggota Majlis Jumaah Diraja, anggota Dewan Undangan Negeri termasuk daripada pembangkang dan pegawai kanan kerajaan negeri. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan